Kuala Lumpur: Langkah kerajaan memperkukuh peruntukan bantuan, subsidi dan insentif berjumlah RM80 bilion menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencerminkan usaha berterusan dalam menangani tekanan kos sara hidup melalui pendekatan yang menyeluruh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ia dengan mengambil kira keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

"Melalui belanjawan itu, KPDN dapat memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) melalui penglibatan kedai runcit, mesin layan diri serta penganjuran Jualan Rahmah Madani Borong.

"Ia melibatkan keseluruhan peruntukan RM750 juta bagi PJRM dan Jualan Agro Madani dengan sasaran keseluruhan 35,000 penganjuran, iaitu 30,000 penganjuran PJRM dan 5,000 bagi Agro Madani," katanya dalam satu kenyataan.