PUTRAJAYA: Pelarasan peruntukan bagi warga emas perlu dilakukan bagi memastikan keperluan sosial golongan itu, khususnya yang tinggal di bandar terus diberi perhatian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata pelarasan itu penting bagi membolehkan pelbagai program komuniti yang bersesuaian dengan keperluan warga emas dilaksanakan.

Beliau berkata, Malaysia kini menuju ke arah status negara tua susulan peningkatan jumlah warga emas, justeru keperluan golongan itu perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan mereka daripada terpinggir.

"Keperluan sosial warga emas sangat penting dan apabila menganjurkan program, kita perlu melihat secara khusus keperluan mereka," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Warga Emas Peringkat Wilayah Putrajaya, di sini hari ini.