am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Pembukaan Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani yang baharu bernilai RM38.73 juta dijangka membantu mengurangkan kesesakan pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, fasiliti pertama seumpamanya di Kedah itu mampu memberi liputan kepada lebih 500,000 penduduk dengan jangkaan kedatangan sehingga 1,200 pesakit sehari.
Katanya, klinik berkenaan akan menawarkan semua perkhidmatan asas di peringkat penjagaan kesihatan primer bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar daerah Kuala Muda.
"Pembukaan klinik berkapasiti besar ini amat kritikal dalam strategi kita mengurai kesesakan pesakit luar di HSAH apabila kes-kes ringan atau Zon Hijau diserap sepenuhnya ke sini.










/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)