RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi berkata semalam bahawa  tiga orang maut  dalam serangan ke atas dua lapangan terbang antarabangsanya  termasuk di ibu negara,  Riyadh  selepas kumpulan Houthi di Yemen mengaku membedil kedua-dua hab pengangkutan itu.

Militia disokong Iran itu terdahulu mengaku melancarkan siri serangan termasuk bedilan berpandu balistik menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh.

“Kelmarin dan semalam,  Lapangan Terbang Antarabangsa Abha dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid telah menjadi sasaran serangan,” kata pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi dalam satu kenyataan.

Warga Mesir dan Algeria terkorban di lapangan terbang Abha, manakala seorang rakyat Sudan terbunuh di lapangan terbang Riyadh, kata agensi itu sambil menambah, 36 orang lagi cedera dalam kedua-dua serangan.