RIYADH: Arab Saudi sedang merancang untuk melancarkan operasi serangan ke atas kumpulan Houthi di Yaman, menurut pegawai serantau dan Barat.
Antara pilihan dipertimbangkan ialah gerakan mara di kawasan pantai bagi menguasai semula laluan perkapalan di Laut Merah ataupun serangan di pelbagai barisan hadapan.
Menurut enam individu yang mengetahui persiapan berkenaan, operasi itu dijangka dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan diketuai tentera Yaman di daratan - bawah pengawasan Riyadh - dan disokong serangan udara oleh Arab Saudi.
Mereka yang enggan dinamakan berkata, Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan perisikan untuk menyokong operasi Riyadh di Yaman, manakala beberapa negara Eropah dan serantau menyediakan bantuan ketenteraan defensif kepada Arab Saudi.








