RIYADH: Arab Saudi dan Houthi saling menuduh dan melaporkan serangan pada Khamis selepas dron dari Yemen menye­rang sebuah stesen janakuasa di Madinah sekali gus meningkatkan ketegangan di sekitar salah satu kota paling suci dalam Islam.

Gabungan diketuai Arab Saudi berkata, sebuah dron Houthi menyerang stesen janakuasa elektrik Taibah di Madinah pada awal Selasa.

Ia menyebabkan sebuah tran­s­former di kemudahan yang membekalkan elektrik kepada Masjid Nabawi rosak.

Bagaimanapun, gabungan itu berkata, rangkaian bekalan elektrik secara keseluruhan tidak terjejas.

Gabungan berkenaan berkata, siasatan dan pemeriksaan terhadap serpihan dron mengesahkan penglibatan Houthi dalam merancang serta melaksanakan serangan itu.