SHAH ALAM: Pelakon veteran, Datuk Jalaludin Hassan, 72, menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Juara sulung Kilauan Emas Selebriti 2026 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam malam tadi.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan beliau membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800 dan tajaan pakej penginapan 3 hari 2 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Jalaludin berjaya mencuri hati juri dan seluruh penonton program berkenaan menerusi persembahan lagu Bollywood Humko Humise Churalo dan lagu berhantu, My Way.

Aktor berkenaan turut menyumbangkan wang kemenangan Emas Kilauan Selebriti iaitu RM2000 kepada pelakon, Salih Yaacob.