PASIR MAS: Parti Amanah Negara (Amanah) serta Pakatan Harapan (PH) perlu memperbaiki strategi dan pendekatan mereka keputusan kurang memberangsangkan dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu perlu diambil, lebih-lebih lagi ketika melihat hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang semakin jelas mahu bersama-sama Pas serta Perikatan Nasional (PN) menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.
Menurutnya, Amanah dan PH sebelum ini tidak bertindak menyerang UMNO serta BN habis-habisan bagi menjaga hubungan di peringkat Persekutuan.
“Memandangkan keadaan semakin jelas bahawa UMNO dan BN sangat-sangat berpuas hati dengan Pas dan PN maka kita menerima hakikat bahawa PRU16 ini kita akan berdepan dengan gabungan BN-PN.









