MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan bedah siasat menyeluruh susulan kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memperkukuh strategi pilihan raya gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata PH akan meneliti pelbagai faktor yang menyumbang kepada keputusan berkenaan, termasuk strategi kempen, manifesto serta corak pengundian.
Beliau berkata, penilaian itu penting kerana PH perlu memperbaiki prestasinya menjelang PRU16 yang dijangka berlangsung dalam tempoh setahun.
"Perkara itu sememangnya akan kita lakukan. Seperti yang saya nyatakan, ia bukan hanya membabitkan Melaka. Kita juga akan menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam tempoh setahun.









