KUALA KANGSAR: Situasi limpahan bagaikan air terjun dari menara tangki air di Taman Kuala Kangsar di sini, mencetuskan perhatian pengguna media sosial selepas rakaman kejadian itu tular, sejak semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, menara tangki air berstruktur besi yang sebahagian daripadanya berkarat, dikatakan pecah pada bahagian atas hingga air di dalamnya melimpah dalam kuantiti besar.
Tinjauan hari ini mendapati keadaan itu menyebabkan kerosakan pada sebahagian infrastruktur berhampiran, termasuk pagar dawai yang mengelilingi kawasan tangki air, padang rumput serta kerosakan pada konkrit longkang.
Tangki air Taman Kuala Kangsar, di sini pecah mencetuskan perhatian pengguna media sosial selepas rakaman kejadian itu tular sejak semalam. - Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri & ihsan pembaca https://t.co/o7cakHoJhb








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage9_952292.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
