Istanbul: Sebuah pesawat kargo UPS dan pesawat penumpang Copa Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada lewat Sabtu, sekali gus mencetuskan tindak balas kecemasan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, menurut CBS News yang memetik pegawai lapangan terbang.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Miami-Dade, pesawat yang terlibat ialah Boeing 767 milik UPS dan Boeing 737 milik Copa Airlines.

Pengarah Komunikasi Lapangan Terbang Antarabangsa Miami Greg Chin berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 malam waktu tempatan apabila sebuah pesawat yang baru tiba dan sebuah lagi yang akan berlepas berlanggar di persimpangan dua laluan taksi.