Ayer Keroh: Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menegaskan beliau bukan hanya Ketua Menteri kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya pemimpin kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira kaum, agama, latar belakang atau kecenderungan politik.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, kemenangan yang memberikan mandat baharu kepada BN dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, semalam, bukan alasan untuk meminggirkan mana-mana pihak termasuk rakyat yang mempunyai perbezaan fahaman politik.

Sebaliknya, beliau bertekad memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian sewajarnya selain tiada kawasan yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.

"Saya bukan Ketua Menteri kepada mereka yang mengundi saya sahaja. Saya adalah Ketua Menteri kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira kaum, agama, latar belakang mahupun fahaman politik.