PETALING JAYA – Hujan lebat petang ini menyebabkan kawasan jalan raya dan parkir di luar Hospital Serdang, Selangor dilaporkan dinaiki air sehingga menenggelamkan sebahagian tayar kenderaan.
Keadaan itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @fitrihamizannn yang memuat naik beberapa keping gambar memaparkan air keruh memenuhi laluan berkenaan.
Menerusi gambar tersebut, beberapa kenderaan dilihat berada dalam kawasan dinaiki air, manakala hujan lebat masih berlaku ketika rakaman dibuat.
“Info, info. Hospital Serdang sudah mula banjir,” tulisnya menerusi hantaran tersebut hari ini.









