MELAKA - Pelantikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam barisan Exco Melaka akan dipertimbangkan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Beliau berkata, perkara itu akan diperinci dengan mengambil kira manfaat yang boleh diberikan kepada pentadbiran negeri."Itu bergantung kepada pertimbangan saya. Pastinya setiap kemenangan itu akan membuahkan hasil. Jadi hasilnya akan dituai bila buah pokoknya berbuah. Insya-ALLAH," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan ADUN PN turut diberikan tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri susulan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Beliau ditemui selepas selesai istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri di sini pada Ahad.Pada Sabtu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan dalam PRN Melaka manakala PH menang empat kerusi dan PN pula memperoleh tiga kerusi. Ab Rauf berkata, kesepakatan menerusi muafakat politik antara kedua-dua gabungan itu menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan besar BN pada PRN berkenaan.Katanya, kerjasama itu turut membuka ruang kepada sokongan pelbagai pihak termasuk mereka yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik."Kalau kita bersepadu, berpadu dan bersatu, hasilnya adalah apa yang kita dapat hari ini," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga terbuka untuk mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya ia membawa lebih banyak manfaat berbanding kemudaratan.Mengulas kemenangan BN pada PRN kali ini, Ab Rauf berkata, keputusan itu mencerminkan penilaian rakyat terhadap usaha dan prestasi kerajaan negeri sepanjang tempoh pentadbiran.Katanya, pelbagai program turun padang termasuk Wakil Rakyat Untuk Rakyat dan Jelajah Ketua Menteri Sapa Rakyat membuktikan komitmen pasukannya dalam menyantuni masyarakat."Sebanyak 75 peratus daripada kira-kira 4,000 aduan yang diterima menerusi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat berjaya diselesaikan."Kita merupakan instrumen yang menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan. Sememangnya tugas wakil rakyat adalah untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan, bukan mempersulitkannya," katanya.Tambahnya, wakil rakyat perlu sentiasa menjadi penghubung antara rakyat dengan kerajaan bagi memastikan urusan dan keperluan masyarakat dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
Pelantikan ADUN PN sebagai Exco akan dipertimbangkan - Ab Rauf

Key takeaways
Pelantikan ADUN PN sebagai Exco Melaka akan dipertimbangkan oleh Ketua Menteri, Ab Rauf.
- Ab Rauf menyatakan pelantikan ADUN PN dalam Exco akan diperincikan.
- BN memenangi 21 kerusi dalam PRN Melaka ke-16, manakala PN memperoleh tiga kerusi.
- Kerjasama politik antara BN dan PN menjadi faktor kemenangan BN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kuasa KM lantik wakil PN sebagai exco Melaka, kata Idris
- Sinar Harian Pelantikan ADUN PN sebagai Exco akan dipertimbangkan - Ab Rauf (this story)









