MANILA - Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sebagai antara negara pengasas ASEAN, Malaysia kekal komited dalam menentukan hala tuju rantau ini, memperkukuh kesepakatan serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau."Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai rakan serantau yang komited dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, serta memastikan suara dan kepentingan rantau ini terus dihormati di persada antarabangsa," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.Anwar berkongsi perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), di sini bersama-sama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Sidang kemuncak itu dipengerusikan oleh Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN. - Bernama
Malaysia akan terus main peranan aktif dalam ASEAN - Anwar

Key takeaways
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam membangunkan ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Malaysia komited dalam menentukan hala tuju ASEAN sebagai negara pengasas.
- Anwar menyatakan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kesepakatan dan kestabilan serantau.
- Pernyataan itu dibuat semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Norlia Ghani aktif di TikTok demi terus dikenali
- Utusan Malaysia Suara rakyat ke Pusat, ADUN PH boleh main peranan lebih berkesan
- Harian Metro Faktor genetik main peranan dalam autisme
- Sinar Harian Malaysia akan terus main peranan aktif dalam ASEAN - Anwar (this story)








