Kuala Lumpur: Kajian menunjukkan bahawa faktor genetik memainkan peranan penting dalam autisme, namun setiap pasangan berdepan 10 hingga 20 peratus kemungkinan mendapat zuriat dalam kategori sama jika sudah mempunyai seorang anak autistik.

Demikian pandangan pakar perunding kanak-kanak, Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi ketika diminta mengulas mengenai faktor mempengaruhi adanya lebih seorang atau semua anak autistik daripada sudut perubatan.

Menurutnya, autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah masalah dalam perkembangan neurologi dengan asas genetik yang kuat dan kerana itu, ada pasangan memiliki lebih daripada seorang anak autistik.

"Autisme bukan semestinya disebabkan oleh satu gen sahaja, tetapi boleh membabitkan gabungan banyak variasi genetik diwarisi daripada ibu bapa, serta perubahan genetik baharu yang berlaku secara spontan (mutasi).