Azmi Hassan berkata, PH Melaka perlu beri tumpuan kepada pengundi bagaimana gabungan itu mampu menerajui kerajaan negeri dengan lebih baik berbanding BN.PETALING JAYA: Membangkitkan isu institusi Melayu untuk memburuk-burukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak banyak membantu Pakatan Harapan (PH) meraih undi pada PRN Melaka, kata seorang penganalisis.
Azmi Hassan.Serangan peribadi terhadap calon lawan juga dilihat tidak mampu membawa hasil, kata seorang lagi penganalisis politik.
“PH boleh berkempen selantang dan seagresif di Melaka seperti dalam PRN sebelum ini, asalkan berhati-hati apabila melibatkan institusi Melayu,” kata Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara kepada FMT.
Beliau menekankan, serangan agresif PH terhadap Umno berkait isu Tabung Haji (TH) pada kempen Negeri Sembilan gagal menarik minat pengundi.









