KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia yang sederhana tidak semestinya membawa kos sara hidup lebih rendah kepada isi rumah kerana kenaikan harga yang perlahan tidak bermakna barangan kembali murah.
Keadaan itu menunjukkan perbezaan antara perubahan harga barangan pengguna dengan kemampuan sebenar isi rumah mendapatkan keperluan harian.
Indeks Harga Pengguna (IHP), ukuran utama inflasi negara, mengukur perubahan purata harga sekumpulan barangan dan perkhidmatan.
Bagaimanapun, indeks itu tidak semestinya mencerminkan perbezaan corak perbelanjaan, tahap pendapatan dan komitmen kewangan setiap isi rumah.








