KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia Naykilla mengakui berdepan masalah kesihatan akibat keletihan melampau sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital beberapa jam sebelum membuat persembahan di pentas Ultrakalcer 2026 semalam.

Tiada yang serius, Naykilla, 23, yang popular dengan genre ‘hipdut’ itu bersyukur apabila keadaan kesihatannya beransur pulih dan teruja dapat menghiburkan peminat di Malaysia pada hari kedua acara tersebut.

“Ya, saya kurang sihat sedikit sebelum ini tetapi syukur keadaan kesihatan saya sudah semakin okey.

“Peluang membuat persembahan di Kuala Lumpur hari ini (semalam) memang sangat hebat,” katanya kepada Kosmo! Online selepas persembahannya di pentas Ultrakalcer 2026 di sini, semalam