Kuala Pilah: Lelaki yang sebelum ini tular memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan empat kenderaan bulan lalu, mengulangi perkara sama kali ini.
Dalam kejadian terbaru, lelaki berkenaan terbabit kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Tanjung Ipoh, di sini, kira-kira jam 2.45 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menemukan bahan disyaki dadah jenis cecair MDMA dan Eramin 5 dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Bahau sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).










