Key takeaways
Seorang lelaki OKU penglihatan, Alif Haikal, berkahwin dengan isterinya yang juga OKU penglihatan, Nurhawa Fitrah, dalam majlis di Batu Gajah.
- Alif Haikal tidak dapat melihat sejak lahir dan berterima kasih kerana diizinkan berkahwin dengan isteri yang menerimanya.
- Nurhawa Fitrah juga OKU penglihatan tetapi masih boleh melihat walaupun teruk.
- Alif Haikal mengakui dia tidak pernah terfikir akan berkahwin kerana takut ditolak.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Ipoh: "Walaupun tak nampak, saya yakin isteri saya cantik dan comel orangnya."
Itu kata orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Alif Haikal Faisal, 29, ketika berkongsi kisahnya yang ditakdirkan menamatkan zaman bujang, kelmarin.
Alif Haikal Faisal dan pasangan, Nurhawa Fitrah Mohd Sukri, 24, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis di Batu Gajah, di sini.
Nurhawa Fitrah juga berstatus OKU penglihatan namun kategori rabun teruk jadi masih dapat melihat walaupun terhad.