KOTA BHARU: Seorang buruh dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang bekerja di pangkalan pasir di Kampung Chekok, Serendah di Kemubu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, Mohd Aqbar Che Abdullah, 34, menaiki bot bersama rakan sekerja, Azwan Azid, 40 di kawasan kerja mengorek pasir.

Azwan ketika ditemui berkata ketika kejadian dia sedang memandu bot sebelum menyedari mangsa hilang.

Katanya, dia hanya ternampak mangsa dalam sungai dan terkapai-kapai sebelum tenggelam.