Kuala Lumpur: Perkembangan usaha kerajaan mendapatkan semula bayaran bagi projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) serta usaha memperkukuh kawalan keselamatan di pintu sempadan negara antara perkara yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan untuk mendapatkan semula wang yang telah dibayar bagi projek TSGP dan MPP yang didakwa menerima bayaran sebanyak 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun kemajuan kerja hanya 13 peratus.
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan langkah kerajaan memperketat kawalan keselamatan serta menangani kelemahan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan susulan peningkatan kes penyeludupan dadah dan barangan terlarang melalui pintu sempadan negara, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Subang.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F09%2Fcdb46e93d0bad38d67a09d0c0afd0546.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
