KUALA LUMPUR: Perkembangan usaha kerajaan mendapatkan semula bayaran bagi projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), selain langkah memperkukuhkan kawalan keselamatan di pintu sempadan negara ialah antara perkara menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan untuk mendapatkan semula wang telah dibayar bagi projek TSGP dan MPP yang didakwa menerima sebanyak 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun kemajuan kerja hanya 13 peratus.
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan langkah kerajaan memperketatkan kawalan keselamatan serta menangani kelemahan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan susulan peningkatan kes penyeludupan dadah dan barangan terlarang melalui pintu sempadan negara, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Subang.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F09%2Fcdb46e93d0bad38d67a09d0c0afd0546.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)