KUALA LUMPUR: Tekanan kos sara hidup yang melanda seluruh dunia bukan sahaja membebankan isi rumah, malah turut mempengaruhi kemampuan anak muda untuk melanjutkan pengajian tinggi.

Di Australia, kajian GENERATION yang dijalankan pada 2024 mendapati 34 peratus pelajar tahun akhir sekolah menengah merancang menangguhkan pengajian sehingga simpanan mencukupi.

13 peratus menyatakan hasrat untuk tidak melanjutkan pelajaran atas sebab kekangan kewangan.

Di United Kingdom pula, tinjauan Student Academic Experience Survey 2026 mendapati, 65 peratus mahasiswa melakukan pekerjaan berbayar ketika semester pengajian berlangsung.