Florida: Empat individu dari sebuah keluarga di Texas adalah antara sembilan mangsa yang maut apabila pesawat persendirian jenis Learjet terhempas di Greenacres, Florida, Amerika Syarikat (AS), petang Ahad.

Memetik Fox13 News, usahawan teknologi, Adam Robinson, isterinya, Helen Sharp, dua anak mereka, Emma, 4, dan Charlie, 2, serta pengasuh keluarga itu berada di dalam pesawat berkenaan bersama dua rakan rapat mereka.

Kapten pesawat, Jeff Gregory, 55, dan pembantu juruterbang (Co-pilot), Nathalia Gadelha Filgueiras, 20, turut terkorban dalam nahas itu.

Difahamkan, saudara-mara mangsa mengesahkan, identiti tujuh individu yang terkorban menerusi kenyataan bersama di Facebook pada Isnin, termasuk pasangan, Robinson dan Sharp, dua anak mereka, Anita Maria Apellido Cetina (pengasuh) dan dua rakan rapat, Rachael Reed dan Charmi Fehr.