Kuala Lumpur: Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mendedahkan pertarungan yang paling diidamkannya ketika ini adalah untuk bertemu semula Ramadan Ondash.
Jaguh yang sinonim dengan panggilan 'Jojo' itu berkata, pertemuan ulangan dengan petarung Lubnan itu adalah satu-satunya pertarungan yang benar-benar mahu direalisasikannya, berbanding lawan lain yang ditawarkan ONE Championship sebelum ini.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, petarung berusia 19 tahun itu menjelaskan beliau tidak pernah menolak mana-mana lawan yang diberikan kepadanya, termasuk Johan Estupinan dan Diego Paez.
"Itulah satu-satunya pertarungan yang saya benar-benar mahukan.








