KUALA LUMPUR: Peminat perlu bersabar untuk melihat Faisal Halim kembali beraksi selepas pemain sayap Selangor itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot.
Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan Gon mengesahkan Faisal atau lebih mesra disapa Mickey belum boleh diturunkan bagi aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City di Stadium Taha Ariffin, Kuching, Ahad ini.
Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan Mickey masih dalam proses pemulihan dan beliau menjangkakan pemain berkenaan memerlukan tempoh beberapa minggu lagi untuk kembali bersama Gergasi Merah.
"Tidak (Mickey tidak akan beraksi untuk separuh akhir kedua Piala FA). Mickey menunjukkan perkembangan yang baik dan saya gembira melihatnya.









