Shah Alam: Seorang lelaki berusia awal 20-an maut selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Banting, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi Sistem Respons Kecemasan Malaysia (MERS) 999 kira-kira jam 12.01 tengah malam.

Katanya, mangsa yang tinggal bersama ibu bapanya di Banting diserang dan ditetak sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan kematiannya.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dendam, namun motif sebenar masih dalam siasatan.