ISKANDAR PUTERI: Tiga individu ditahan polis susulan kejadian pergaduhan fizikal berpunca daripada perselisihan faham isu pinjaman wang di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 6.38 petang.

Menurut beliau, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu salah seorang individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Susulan kejadian itu, polis telah menahan tiga individu tempatan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 53 tahun bagi membantu siasatan.