PAPAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun di sini, petang tadi susulan tiga insiden menyentuh sensitiviti agama di dua rumah ibadat sekitar daerah ini, sejak September lalu.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pekan Kimanis, kira-kira jam 4 petang selepas polis menjalankan risikan dan siasatan berhubung kejadian berlaku pada 17 September lal serta semalam.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai mengandungi rakaman video berkaitan perbuatan membakar bahan keagamaan, selain kereta Proton Saga FLX bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi menentukan penglibatan suspek dalam ketiga-tiga kejadian berkenaan serta mengenal pasti motif sebenar.