Kuala Lumpur: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menegaskan tanah lapang milik kerajaan tidak sepatutnya disalahgunakan bagi sebarang aktiviti atau tujuan yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPAJ memaklumkan sebarang penggunaan dan pembangunan tanah kerajaan perlu mematuhi peraturan serta mendapatkan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

Katanya, pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan tanah lapang, kebersihan persekitaran dan kehadiran warga asing di kawasan Pandan Mewah yang dibangkitkan menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini.

"Susulan isu yang dibangkitkan, MPAJ mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan bagi menangani masalah kebersihan, pembuangan sampah dan keadaan persekitaran yang boleh menjejaskan keselesaan serta kesejahteraan penduduk.