Tertuduh Muhammad Hussin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.PETALING JAYA: Bekas pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMShape) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan salah guna kuasa bernilai RM3.12 juta.

Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Hussin, 64, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, pesara itu didakwa sebagai sebagai salah seorang anggota mempengaruhi ahli lembaga Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) bagi melantik syarikat, QTech Management Malaysia Sdn Bhd yang mana dia dikatakan mempunyai kepentingan terhadapnya.

Lantikan itu bertujuan bagi pemberian kontrak pekerjaan mengendalikan program sarjana pendidikan dan diploma pendidikan lepasan ijazah melalui Fakulti Pendidikan UKM bernilai RM3.12 juta, lapor Utusan Malaysia.