SHAH ALAM: Seorang bekas pengarah pusat pendidikan sebuah universiti awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan bernilai keseluruhan RM3.12 juta pada 2022.

Tertuduh, Profesor Datuk Muhammad Hussin, 64, yang juga seorang pesara bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, Muhammad yang merupakan anggota Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB), didakwa menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan kontrak pekerjaan sebagai pengendali program Sarjana Pendidikan melalui Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bernilai RM1.2 juta dan RM1.92 juta.