ALOR SETAR – Seorang penjawat awam wanita ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kedudukan bagi membekalkan barangan dan perkhidmatan sempena kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau di negeri ini, tiga tahun lalu.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mencadangkan dua syarikat milik seorang individu.

Suspek juga disyaki mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat tersebut.