JAKARTA – Seorang ibu dan anak perempuannya terkorban selepas motosikal dinaiki mereka terbabas akibat baju jubah yang dipakai tersangkut pada gegancu rantai roda belakang kenderaan dua roda itu di Jalan Purworejo-Wates, Jogjakarta semalam, lapor laman berita Kompas.

Dalam kejadian sekitar pukul 2.50 petang (waktu tempatan) itu, mangsa dikenali sebagai K, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala anak perempuannya dikenali dengan singkatan HAS, 21, pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Daerah Wates.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Kulon Progo, Sarjoko berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Supra X 125 yang ditunggangi HAS sedang bergerak dari arah Kulwaru menuju ke Wates sebelum hilang kawalan secara tiba-tiba.