KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengenal pasti produk yang boleh dihasilkan semula oleh syarikat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan import dari China yang menyumbang kepada defisit dagangan Malaysia sebanyak RM146 bilion pada 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata antara perkara yang akan diteliti punca syarikat tempatan yang sebelum ini mengeluarkan produk tertentu, tidak lagi mampu meneruskan pengeluaran sehingga produk berkenaan perlu diimport.

"Tumpuan kita di peringkat MITI akan analisis semua produk yang menyebabkan negara kita di defisit yang begitu besar dengan China.

"Jadi kita akan tengok, kalau dulu ada syarikat tempatan pernah membuat produk ini, kenapa sekarang dia tak boleh buat dan dia tutup sebahagian daripadanya.