KUALA LUMPUR: Sistem dan perkhidmatan utama Lembaga Tabung Haji (TH) kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan.

TH dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya kesal atas serangan siber terhadap sistemnya yang menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada pendeposit.

Sehubungan itu, katanya, bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit, TH mengambil langkah menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatan di semua saluran pada Khamis lalu.

"TH memahami kebimbangan pendeposit, khususnya mereka yang mempunyai urusan kewangan mendesak, dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul.