RIYADH: Serangan maut Houthi ke atas lapangan terbang utama Riyadh mencetuskan amaran tindak balas daripada Arab Saudi, ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membayangkan kemungkinan menyertai serangan terhadap kumpulan itu dan melancarkan semula serangan ke atas Iran.

Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terbunuh, termasuk rakyat AS manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, pada Sabtu menjadikannya serangan paling dahsyat di negara itu sejak pengeboman sebuah masjid pada 2015 di Qatif, wilayah timur negara berkenaan.

Menurut pihak berkuasa pe­nerbangan Arab Saudi, selain warga AS, mangsa yang terbunuh terdiri daripada empat warga Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing rakyat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.