PASARAN hartanah premium Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kos pembangunan yang meningkat, namun corak pembelian kini semakin tertumpu kepada nilai jangka panjang, kebolehdiaman dan kekuatan ekosistem sesebuah kawasan.
Bagi Eastern & Oriental Berhad (E&O), perubahan cita rasa pembeli itu mendorong syarikat memberi tumpuan kepada pembangunan yang bukan sekadar menawarkan kediaman berkualiti, tetapi turut membentuk komuniti dan persekitaran kehidupan yang lengkap.
Ikuti temubual bersama Wartawan Utusan Malaysia, Zakkina Wati Ahmad Tarmizi bersama Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong mengenai konsep kemewahan dalam segmen premium kini telah berubah daripada ukuran konvensional kepada pengalaman hidup yang lebih menyeluruh.









