Riyadh: Seorang terbunuh dan 11 yang lain cedera dalam serangan di lapangan terbang antarabangsa Riyadh semalam, menurut pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi.

"Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) menjelaskan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian seorang warga Pakistan dan kecederaan kepada 11 orang yang lain," kata pihak berkuasa itu di platform X.

Serangan terbaharu itu berlaku sehari selepas serangan yang didakwa dilakukan kumpulan Houthi dari Yaman yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan memaksa pihak berkuasa menggantung operasi Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.

Wartawan AFP dan penduduk tempatan melaporkan terdengar bunyi beberapa letupan di ibu negara Arab Saudi itu pada Ahad.