GUA MUSANG: Dua beradik Orang Asli kaum Temiar yang juga warga emas di Pos Hau, di sini, teruja apabila menjadi antara yang terawal memiliki MyKad generasi baharu.

Faktor jarak tempat tinggal di kawasan pedalaman jauh dari bandar, menimbulkan kesukaran kepada Gerumin Along, 78, dan adiknya, Alem Along, 77 untuk keluar dari penempatan bagi urusan mengganti dokumen itu.

Menurut Gerumin, kehadiran kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR), membolehkan mereka membuat urusan berkenaan.

"Saya sudah uzur, ditambah pula mata juga tidak dapat melihat, dan kalau ikutkan umur sebenar mungkin lebih daripada 77 tahun.