KUALA LUMPUR: Aktor berpengalaman, Namron menitipkan kata-kata semangat buat isterinya yang juga pelakon, June Lojong yang tidak berjaya menembusi senarai Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35.
Menerusi perkongsian Threads, Namron berkongsi sokongan peminat yang terus menghargai bakat isterinya sudah cukup bermakna buat mereka, meskipun June tidak tercalon dalam kelompok lima terbaik anugerah berprestij itu.
Menurutnya, pengiktirafan menerusi anugerah bukanlah segala-galanya dalam perjalanan anak seni, sebaliknya, peluang untuk membuktikan kemampuan lakonan dan terus berkarya lebih penting.
"Walaupun tidak tercalon di FFM 35, dia tetap menang di hati saya. Berdasarkan pengalaman saya, anugerah hanya diraikan sehari dua, selepas itu akan dilupakan. Apa yang lebih penting adalah peluang untuk pamerkan 'crafts' dan ruang untuk berkarya.







