KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi ini, dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi 170.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (169), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155) serta Batu Pahat dan Kluang masing-masing mencatatkan IPU 152.
Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 162, Rompin 157, Indera Mahkota 130 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 127.
Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman (156), Paka (155), Kuala Terengganu di Terengganu (151), manakala di Melaka ialah Bukit Rambai (154), Bandaraya Melaka (117) dan Alor Gajah (107).









