KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 4-3 secara agregat kepada DPMM FC yang beraksi 10 pemain pada saingan suku akhir kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Pengendali KL City, Datuk Dollah Salleh berkata, anak buahnya gagal mempamerkan aksi seperti diharapkan pada separuh masa pertama selain melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
Katanya, pemain sepatutnya boleh menjaringkan gol selepas lawan menerima kad merah tetapi barisan hadapan tidak berjaya menterjemahkan kelebihan itu kepada jaringan.
"Pada separuh masa pertama, kita tidak bermain seperti yang diinginkan dan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.








