Kuala Lumpur: Jaringan Jordan Murray pada babak pertama membantu DPMM FC menyingkirkan Kuala Lumpur (KL) City daripada Piala FA dan akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta''zim (JDT) di pusingan separuh akhir.
DPMM FC mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-3 hasil kemenangan 1-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi, selepas perlawanan pertama pada 20 September lalu berkesudahan 3-3.
Lebih manis, skuad kendalian Jamie McAllister menyingkirkan skuad City Boys menerusi kemenangan di gelanggang lawan walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua.
DPMM memperoleh peluang untuk berada di depan seawal minit keenam, namun percubaan Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik di dalam kotak penalti dinafikan penjaga gol KL City, Ameerul Eqwan Mohd Fauzi.








