KUALA LUMPUR: Sebanyak RM3 bilion dana levi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan dimanfaatkan bagi menyediakan tiga juta peluang latihan untuk tenaga kerja tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shamir Aziz berkata,
inisiatif di bawah Belanjawan 2027 itu memberi tumpuan khusus kepada pensijilan profesional serta peningkatan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Katanya, langkah berkenaan turut menyokong aspirasi negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menzahirkan sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2030, seiring peralihan Malaysia ke arah ekonomi bernilai tinggi.








