kamarulzaidi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Rakyat dijangka menjadi antara penerima manfaat utama Belanjawan 2027 yang dibentangkan Jumaat ini, dengan bantuan tunai lebih besar, kemungkinan kelegaan cukai kepada golongan pertengahan, peningkatan pendapatan serta sokongan lebih menyeluruh bagi menangani kos sara hidup antara langkah yang dinantikan.

Selepas beberapa tahun kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, memperluas kutipan hasil dan memperkemas kewangan negara, beberapa firma penyelidikan melihat belanjawan kali ini sebagai peluang untuk memastikan pertumbuhan ekonomi serta hasil reformasi diterjemahkan dengan lebih nyata kepada kehidupan rakyat, tanpa mengabaikan usaha mengurangkan defisit fiskal.