Selayang: Impian skuad wanita B-17 negara untuk mencipta sejarah melangkah ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-17 2027 di China lebur apabila tewas 0-4 kepada India pada aksi terakhir Kumpulan E kempen kelayakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan anak buah Takayoshi Ishihara terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas tertinggi Asia selepas India mempamerkan penguasaan permainan yang lebih meyakinkan untuk menutup kempen dengan kemenangan bergaya.

Skuad India kendalian Joakim Bernt Alexandersson memulakan perlawanan dengan corak permainan pantas, selain melancarkan serangan bertali arus terutama menerusi bahagian kiri pertahanan negara yang dipaksa bekerja keras mengekang asakan lawan.