PETALING JAYA – Dua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Jeddah dan Madinah, Arab Saudi dilihat dibatalkan hari ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penumpang termasuk jemaah umrah susulan kejadian serangan di Riyadh.
Berdasarkan paparan papan maklumat penerbangan di KLIA pagi ini, penerbangan MH0156 ke Jeddah pada pukul 3.05 petang dan MH0158 ke Madinah pada pukul 5.10 petang masing-masing tertera status ‘dibatalkan’.
Semakan pada platform penjejakan penerbangan turut menunjukkan MH158 ke Madinah berdepan gangguan jadual, manakala









